10 Tips Beli Rumah Pertama Baru di Sabah Yang Anda Perlu Tahu
Kalau kamu rasa umur makin meningkat, dan sudah penat asyik menyewa setiap bulan, memang normal kalau mula fikir mau ada rumah sendiri.
Di Sabah, kebanyakan pembeli rumah pertama biasanya akan hadapi dua pilihan utama:
- Rumah subsale (rumah second-hand)
- Rumah baru / under construction (undercon)
Untuk artikel kali ini, kita fokus kepada rumah baru (undercon) — jenis yang paling ramai orang Sabah minat sebab harga lebih fleksibel dan banyak pakej dari developer.
Artikel ini akan bantu kamu faham perkara penting sebelum beli rumah baru. Kami juga akan ringkaskan kelebihan dan kekurangan supaya kamu boleh buat keputusan dengan lebih yakin.
1) Tentukan Kemampuan Kewangan Anda Dulu
Soalan paling biasa orang Sabah tanya:
“Kalau gaji RM3,000, boleh beli rumah ka?”
Jawapannya: boleh — tapi kena kira dulu betul-betul.
Sebelum tengok rumah, benda pertama yang kamu perlu buat adalah check kemampuan kewangan sendiri.
Cara mudah kira kemampuan:
1. Affordability Calculator
Masukkan gaji + komitmen bulanan → untuk tahu anggaran pinjaman yang layak
2. Home Loan Calculator
Masukkan jumlah pinjaman + tempoh → untuk tahu bayaran bulanan
Rule penting yang ramai orang terlepas pandang:
👉 Bayaran rumah sepatutnya tidak lebih 1/3 daripada gaji kasar
Contoh:
- Gaji: RM3,000
- Maksimum ansuran rumah: sekitar RM900/bulan
Kalau lebih daripada itu, risiko kewangan kamu akan jadi berat — terutama bila ada komitmen lain.
Jangan lupa kos tambahan (ramai first buyer terkejut sini):
Selain bayaran bulanan, ada juga kos lain seperti:
- Downpayment (biasanya 10%)
- Yuran guaman
- Duti setem
- MOT (Memorandum of Transfer)
- Kos dokumentasi lain
Tips jimat khas untuk pembeli di Sabah:
✔️ Guna KWSP Akaun 2 untuk bantu bayar deposit
✔️ Semak skim kerajaan seperti:
- PR1MA
- PPR
✔️ Kalau Bumiputera:
- Layak dapat diskaun Bumiputera
- Akses kepada lot Bumiputera
✔️ Banyak developer di Sabah bagi pakej menarik:
- Free SPA & legal fees
- Rebat pembeli awal
- Perabot / electrical appliances
- Kadang-kadang siap ada free internet
👉 Jangan malu tanya ejen - dapatkan nasihat dulu dari ejen hartanah.
Beli rumah bukan sekadar “mampu loan lulus”.
Kamu juga kena fikir:
- Duit kecemasan
- Maintenance rumah
- Kereta rosak
- Perbelanjaan keluarga